Saturday, August 30, 2014

cinta hati

Alhamdulillah.


I'll keep you deep inside my heart forever.


Abang, I really need you in my life.
You're my superhero.
You're my man.
You're my bestfriend.
You're my medicine.
You're my Imam.

InsyaAllah.

Abang, I love you till Jannah and for the rest of my life.






Tuesday, December 31, 2013

2013 Tinggalkan 'Jangan'

Peninggalan JANGAN dari 2013:

JANGAN mudah pecaya pada hati sendiri
JANGAN mudah pecaya pada manusia
JANGAN mudah putus asa
JANGAN mudah terpedaya pada kata-kata manis
JANGAN mudah terpedaya dengan nafsu dunia
JANGAN mudah beri hati pada manusia lain
JANGAN mudah suka pada orang
JANGAN berjanji jika tak mampu ditepati
JANGAN beri peluang orang lain pijak kepala sendiri
JANGAN cenggeng sangat
JANGAN sensitif sangat
JANGAN garang sangat
JANGAN layankan sangat perasaan
JANGAN malas sangat
JANGAN tidur petang
JANGAN tidur lambat

Selamat tinggal 2013
Selamat datang 2014

Saturday, October 26, 2013

24 hanya angka

Lagi beberapa hari nak capai umur 24 tahun.

Tapi aku tak pernah teruja sebab aku hanya rasa

Tawar
Kosong
Hilang
Muram
Kalut
Sedih
Kecewa
Pasrah
Redha
Sendiri
Sangsi
Lemah
Sakit
Murung
Menanti
Mengharap
Menunggu
Penat



Banyak negatif. Takde satu pun positif. Its true!

Time flies fast
I'm getting older

Makin tua makin 'feelingless'
tanggungjawab makin banyak, berat, susah, payah

Tapi

Hidup perlu diteruskan
Allah takkan bebani seseorang sesuai dengan kemampuannya

"I know I'm strong enough to face all this by my own. 

Alone.

Allah always be with me. Always :')

Insyaallah. Jangan putus harapan. Ini semua dah ditentukan."

Tapi Aku harap dunia jangan kejam sangat. Sebab aku dah tak larat nak pura-pura

Kuat
Gagah
Kental
Puas
Pandai
Genius
Tenang
Matang
Selesa
Lembut
Comel
Baik
Gembira
Suka
Ketawa
Senyum
Ramah
Rajin
Normal


Iye tak larat. Too much stress make me sick.*muntah hijau*

Walaubagaimanapun,

Aku tetap kena teruskan hidup dalam kepura-puraan yang positif tu walaupun tiada siapa yang kesah, tiada siapa yang ambil peduli.
Jangan cemburu dengan hidup orang lain. Masing-masing ada ujian dan dugaan yang tersendiri, lain masa, kaedah, cara, tempat, keadaan dan situasi. Mungkin ada yang lebih teruk.

Memang aku tak cantik macam kau, dia dan mereka

Memang aku tak pandai macam kau, dia dan mereka

Memang aku tak kaya macam kau, dia dan mereka

Memang aku tak kuat macam kau, dia dan mereka

Sebab
Aku tak sempurna
Aku hanya manusia biasa
Maafkan aku


Ini lah dunia yang aku kenal selama hampir 24 tahun hidup atas muka bumi ni. Semuanya adalah pinjaman daripada Allah. Jadi aku perlu bersyukur masih diberi peluang untuk muhasabah diri sendiri dan diberi kesempatan menghirup oksigen secara percuma.

Walaupun sendirian. Iye sendirian.

Syukur Alhamdulillah.









Saturday, August 17, 2013

Otak VS Hati

Otak kata pergi.
Hati kata mari.

Otak kata jangan.
Hati kata boleh.

Otak kata tak nak.
Hati kata nak.

Otak kata putus asa.
Hati kata "kau boleh bertahan!"

Otak kata kental.
Hati kata sakit.

Otak kata cukup.
Hati kata "i want more!"

Otak kata benci.
Hati kata sayang.

Otak kata rindu.
Hati kata tawar.

Otak kata dia kawal jasad
Hati kata dia kawal jiwa


Hati dan Otak
mungkin suatu hari akan bersatu
tapi
mungkin tidak untuk selamanya.


#NoteToSelf2



kita selalu nampak Allah permudahkan jalan untuk orang lain. tapi untuk diri sendiri?
nampak payah.
nampak serabut.
nampak kalut.
nampak jauh.


untuk apa?
untuk putus asa?
untuk menyerah kalah?

tidak wahai diri.

tidak!


Allah nak beri sesuatu yang berganda-ganda ganjarannya.
tapi bukan semudah yang disangka.
takkan ada sesuatu kesenangan yang datang bergolek tanpa usaha.


SABAR




Jadi,

*berhenti mengeluh*





Monday, August 12, 2013

#NoteToSelf

Dear Self,

please accept yourself more,
please love yourself,
please make the right choices.
please know what is good for you,
please believe in yourself,
and please, please..

know that you are not alone..

Allah always beside you. :)

p/s: stay calm and keep cute even it's hurt!
muahaha.

Saturday, June 22, 2013

Hati

hati ini tawar.
tawar dengan segala-galanya.
tawar ini bukan bererti putus asa.
bukan putus asa dengan takdir.
takdir Yang Maha Esa.
tetapi tawar untuk mengejar bintang yang jauh.
jauh ke dalam cakerawala.
tak mampu digapai.
tak mampu disentuh.
apatah lagi dimiliki.

betapa jauhnya bintang itu
sehingga hanya mampu dilihat.
dilihat dengan redup mata hati.

hati ini hanya mampu.
hanya mampu merintih dalam doa.
doa kepada Yang Maha Mendengar.
sesungguhnya hanya Dia sahaja yang mengetahui isi hati.

mereka memaksa untuk berusaha mencari yang baik.
mencari yang mampu membimbing.
membimbing di dunia dan di akhirat.
tetapi sayangnya yang dicari tak mampu mencurah kasih.
apatah lagi sayang.


mungkin belum masanya diketemukan.


belum masanya dikenalkan.
belum masanya disatukan.
cuma hati ini meronta tidak mahu diketemukan dengan yang salah.

tidak lagi.

jika sekarang dia bukan yang baik akhlaknya.
mohon diberikan petunjuk.
petunjuk dan hidayah.
semoga menjadi manusia yang mulia disisi-Mu.

jika dia bukan yang sempurna seperti yang lain.
mohon ditabahkan hati.
menjadi antara yang sempurna disisi-Mu.


mohon hati ini tidak lari dengan hidayah-Mu.
terima lah taubatku.
wahai Penciptaku.
samada dosa kecil atau besar.
samada yang terlihat atau yang tersembunyi.
samada yang sengaja atau tidak disengajakan.
sesungguhnya diri ini insan yang lemah.
hanya mendambakan kasih sayang-Mu.









Lepaskan Penyesalan

yang lepas biarkan lepas.
yang sudah biarkan sudah.

tak perlu pandang ke belakang sedangkan yang menanti dihadapan lebih baik.
takkan pernah ada penyesalan bila ada perubahan ke arah lebih baik.
cuma yang payah bila nak berubah ni adalah istiqamah.
jangan biarkan syaitan ni rojim cuba menyesatkan lagi.

tanam dan baja hati dengan iman.
dengan iman yang kuat, hati takkan takut pada keraguan dunia.

orang tua-tua kata jangan jadi seperti si luncai dengan labunya.
atau seperti perumpaan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
biarlah orang nak kata apa.
lepaskan segala penyesalan.
hilangkan keluh kesah dunia.

jaga hati.
bersihkan hati.
ikut kata hati.
kata hati yang diketuai iman.
bukan kata hati yang diketuai nafsu.

dengan hati yang diketuai iman.
dengan petunjuk yang diberikan.
hati sendiri diutamakan.

dunia hanya sementara.
bahagia di dunia tidak menjamin bahagia di akhirat.
jadi kenapa perlu risau bila bahagia di dunia tidak kesampaian?
sedangkan bahagia di akhirat yang harus dicari.




 
nothing to be regrets!
don't be afraid to give up the good for the great!
InsyaAllah.

put trust on Allah.
Allah promises are sure and true.

turn to Allah.
nothing to be worried.
as long as you keep Allah and his Messenger in your heart.
everything will be fine.
InsyaAllah.


Hasbi Rabbi Jallallah.
Ma fi Qalbi Ghairullah.
Nur Muhammad Sallallah.

Cukuplah Tuhan bagiku Allah Maha Agung.
Tiada di dalam hatiku kecuali Allah.
Cahaya Muhammad selamat atas-Nya.

















Tuesday, May 21, 2013

MY GIRL



Weeping willow, with your tears running down,
Why do you always weep and frown?
Is it because he left you one day
Because he couldn't stay?
Weeping willow, stop your tears
There is something to calm your fears
You think death has ripped you forever apart
But I know he's always in your heart. - Vada Sultenfuss






















Thursday, January 31, 2013

Penghuni Langit (Uwais Al-Qarni)

Pengorbanan Seorang Anak 

Kisah Uwais AL-Qarni yang merupakan kisah seorang hamba ALLAH dizaman Rasulullah s.a.w Penghuni Langit)

Sejak dilahirkan beliau berpenyakit sopak dan ayahnya telah meninggal dunia. Ibunyalah yang menjaganya sejak kecil sehingga beliau dewasa.

Uwais al Qarni adalah seorang tabiin yang namanya disebut di dalam wasiat Baginda SAW yang disampaikan kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali KaramAllahu wajhah. Baginda SAW berpesan:

“Di zaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman dan dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.”

Lalu Saidina Umar dan Saidina Ali bertanya: “Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi SAW menjawab: “Kamu minta kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah (SWT) agar Allah (SWT) ampunkan dosa-dosa kalian”.

Setelah Baginda SAW wafat, Saidina Umar dan Ali menunggu-nunggu kafilah yang datang dari arah Yaman. Sehingga akhirnya mereka bertemu dengan Uwais al-Qarni.
Jika dilihat dari pandangan orang biasa, Uwais al-Qarni tiada ciri-ciri istimewa kerana dari pandangan luaran beliau seperti orang yang tidak sempurna akal, tetapi beliau ada sesuatu yang kita tidak ketahui..

Kisah Uwais al-Qarni
Beliau mempunyai seorang ibu yang sudah uzur dan lumpuh. Ibunya mempunyai hajat untuk menunaikan haji di Mekah. Namun dengan kudrat yang sebegitu, ibu Uwais tidak mampu untuk ke Mekah berjalan seorang diri. Lalu dia mengutarakan hasratnya kepada Uwais supaya mengikhtiarkan sesuatu agar dia boleh dibawa ke Mekah menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibunya semakin tua, lalu ibunya berkata: “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.

Uwais mendapat satu ilham… Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu itu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu lagi turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang ramai mengatakan dia gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20 kilogram, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100 kilogram. Otot-otot tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100 kilogram turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya.

Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100 kilogram boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50 kilogram.

Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Pulang sahaja ke Yaman, ibunya bertanya: “Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”.

Uwais menjawab: “Saya berdoa minta supaya Allah (SWT) mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi: “Bagaimana pula dengan dosa kamu”.

Uwais menjawab: “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga”.

Ibunya berkata lagi: “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah (SWT) hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”.

Uwais kata” “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah (SWT) yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah (SWT), seperti saya tidak bersyukur dengan Allah (SWT) Ta’ala”.

Ibunya menambah: “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.



Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah (SWT) sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa:

“Tolonglah Ya Allah (SWT) kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”.

Maka, Allah (SWT) memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopak di seluruh badannya kecuali meninggalkan setompok di bahagian lehernya. Dan tanda itulah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali untuk mengenali Uwais al-Qarni.
Setelah ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dan darjatnya ditinggikan sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling makbul.

Apabila bertemu dengan Uwais al-Qarni, mereka berdua pun meminta Uwais mendoakan supaya dosa mereka berdua diampunkan, maka Uwais pun mendoakan mereka berdua.


Doa paling utama

Ibrah dari kisah Uwais al-Qarni dan pertemuannya bersama Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali menggambarkan kepada kita tentang kepentingan doa untuk kita meminta dosa kita diampunkan.

Jika dilihat secara logik, Aisyah dan Umar serta Ali merupakan orang yang sudah dijamin akan masuk syurga, tapi mengapa Baginda SAW menyuruh mereka berdoa untuk diampunkan dosa.
Justeru nak menunjukkan kepada kita tentang pentingnya doa ini. Selalu kita meminta hal-hal dunia, tetapi jarang kita menitikberatkan doa supaya dosa kita diampunkan. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang doa amat mudah dimakbulkan, Rasulullah SAW selalu berkata kepada isteri-isteri Baginda SAW dan para sahabat:

فيعجبا لمن أدرك رمضان فلا يغفر الله
“Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan dosa-dosanya tidak diampunkan”

Aisyah RA teringin sangat bertemu malam al-Qadr,lalu dia bertanya kepada Nabi SAW: “Bilakah berlaku malam Qadar?”

Nabi SAW bertanya kepada Aisyah RA semula: “Apa yang kamu nak buat bila kamu bertemu dengan malam Qadar?”.

Aisyah RA menjawab: “Saya tak tahu”

Kemudian Aisyah bertanya lagi: “Apakah yang patut saya buat bila bertemu dengan malam Qadar itu?”.

Nabi SAW berkata kepada Aisyah: “Malam itu malam yang amat baik untuk beramal di malamnya dan amat mudah dimakbul Allah (SWT) doanya”.

Aisyah bertanya lagi: “Apakah doa yang paling baik untuk aku berdoa pada malam itu?”
Nabi SAW menjawab: “ Kalau kamu sempat berjumpa dan mengetahui malam itu ialah malam Qadar berdoalah

اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني
(Allahumma innaka ‘afuwwun karimun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni)
“Ya Allah (SWT), Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun, Engkau sangat suka mengampun maka ampunkanlah dosa-dosa ku”

 
Oleh itu, doa yang paling utama dan dikesempatan pada bulan Ramadhan, mohonlah keampunan sebanyaknya kepada Allah SWT dengan doa yang telah Nabi SAW ajarkan kepada Saidatina Aisyah RA.
 
Semoga amalan kita diterima dan tidak tergolong dalam golongan yang Nabi SAW katakan tentang kehairanannya apabila sudah masuk Ramadhan dosa-dosa golongan ini tidak diampunkan.
تقبل الله منا ومنكم.. آمين يا رب العالمين
 

Wallahu a’lam.
 


Kisah selanjutnya

Uwais hanyalah seorang pengembala kambing biasa. Sekali pandang, tiada apa yang istimewa tentang pemuda ini. Namun, dia mencatat sejarah hebat di kalangan manusia. Malah, baktinya yang tersembunyi mengangkat dirinya ke martabat yang amat tinggi. Sehingga Rasulullah SAW sendiri mengiktiraf bahawa memang benar Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit, bukan manusia di bumi!

Ketika zaman Nabi Muhammad SAW, Uwais Al-Qarni tinggal di negeri Yaman. Hidupnya sangat fakir dan dalam keadaan yatim. Dia cuma tinggal bersama seorang ibu yang sudah tua dan lumpuh.
Malahan, ibu tua itu telah buta dan hanya bergantung harap pada Uwais untuk menguruskan kehidupannya. Di situlah mereka dua beranak meneruskan kehidupan tanpa ada sanak saudara. Walaupun miskin, Uwais kaya dengan budi bahasa dan amanah.

Justeru, dia menjadi kepercayaan orang untuk menjaga ternakan mereka pada waktu siang. Upah yang diterima hanya cukup untuk menampung makan pakai mereka sehari-hari. Jika ada terlebih, Uwais akan membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti dirinya.

Selain itu, Uwais terkenal sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya dan juga taat beribadah. Dia seringkali berpuasa dan malam hari masanya terisi dengan ibadah solat-solat sunat dan tahajud kepada Allah. Tatkala ibunya memerlukan bantuan, Uwais tidak pernah mengeluh dan akan menguruskan ibunya terlebih dahulu sebelum membuat perkara lain.

Sebenarnya, Uwais ada menyimpan satu keinginan. Dia ingin sekali berjumpa sendiri dengan Rasulullah SAW. Malah, hatinya merasa sedih setiap kali mendengar cerita jirannya yang dapat bertemu dengan Rasulullah SAW. Apakan daya, dia tidak boleh meninggalkan ibunya yang uzur dan Uwais redha dengan keadaan itu. Kecintaannya kepada Rasulullah juga bukan calang-calang.

Ketika mendengar Rasulullah SAW tercedera dan gigi Baginda patah di dalam perang Uhud, Uwais lantas mengetuk giginya dengan batu sehingga patah. Ini sebagai ungkapan cintanya kepada Nabi Muhammad SAW sekalipun dia tidak pernah bertemu dengan Baginda. Kerinduan dan kecintaan kepada Nabi SAW menyebabkan dia bertanya sendiri, bilakah dia akan bersua muka dengan kekasih Allah yang agung itu.

Tetapi seketika kemudian, Uwais kembali sedar bukankah tanggungjawab utamanya adalah berbakti kepada ibunya yang sudah uzur. Mana mungkin dia tegar meninggalkan wanita itu keseorangan. Lagipun, ibu itu amat dikasihi dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh saban hari.

Sekian waktu berlalu, kerinduan kepada Nabi SAW yang selama ini dipendamnya tak dapat ditahannya lagi. Pada suatu hari ia datang mendekati ibunya, memberitahu keinginannya dan memohon izin serta restu agar dapat pergi menemui Rasulullah SAW di Madinah.

Ibunya merasa terharu mendengar permintaan Uwais dan berkata, “Pergilah wahai Uwais, Temuilah Nabi di rumahnya. Kelak, selesai berjumpa dengan Baginda, segeralah engkau pulang ke pangkuanku.”

Izin itu diterima Uwais dengan gembira. Segera dia berkemas untuk berangkat. Dia menyiapkan segala keperluan ibunya dan berpesan kepada jiran agar menemani ibunya selama dia pergi. Sesudah bersalaman dan mencium ibunya, Uwais pun berangkat ke Madinah.

Setelah melalui perjalanan yang jauh, akhirnya Uwais sampai di kota Madinah. Dia terus menuju ke rumah Rasulullah SAW dan mengetuknya. Salamnya dijawab seorang wanita. Itulah Siti Aisyah r.a. Dikhabarkan Rasulullah tidak ada di rumah kerana sedang berada di medan pertempuran. Kecewalah Uwais. Dari jauh dia datang namun Nabi tidak dapat ditemuinya.

Kerana teringatkan ibunya yang sudah tua, hati Uwais serba salah. Perlukah dia menunggu Rasulullah? Di telinganya terngiang-ngiang kata-kata ibunya yang menyuruh dia lekas pulang. Apa khabar ibunya kini? Akhirnya kerana ketaatan kepada ibunya, Uwais berangkat pulang dengan segera.

Kepada Aisyah, dititipkan pesanan dan salam untuk Rasulullah. Tidak lama kemudian, Rasulullah SAW pulang dari medan peperangan. Kedatangan Uwais disampaikan oleh Aisyah.

“Itulah Uwais Al-Qarni, anak yang taat pada ibunya. Dialah penghuni langit,” ujar Baginda SAW. Siti Aisyah dan sahabat tertegun. Nabi berkata lagi: “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia, perhatikanlah dia mempunyai tanda putih di tengah telapak tangannya.”

Sesudah itu Nabi SAW memandang kepada Ali ra dan Umar ra seraya berkata: “Suatu ketika apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit, bukan orang bumi.”

Waktu terus berganti, dan Nabi SAW kemudian wafat. Kekhalifahan Abu Bakar pun telah digantikan pula oleh Umar bin Khatab. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW mengenai Uwais Al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kembali sabda Nabi SAW itu kepada sahabat Ali bin Abi Thalib ra.

Sejak saat itu setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, Khalifah Umar ra dan Ali ra selalu menanyakan mengenai Uwais Al Qarni, si fakir yang tak punya apa-apa itu, yang kerjanya hanya menggembalakan kambing dan unta setiap hari. Mengapa khalifah Umar ra dan sahabat Nabi, Ali r.a, selalu menanyakan dia?

Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais Al-Qarni turut bersama mereka. Rombongan kafilah itu pun tiba di kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang baru datang dari Yaman, segera Khalifah Umar ra dan Ali ra mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais Al-Qarni turut bersama mereka.

Rombongan kafilah itu mengatakan bahawa Uwais Al-Qarni ada bersama mereka, dia sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, khalifah Umar ra dan Ali ra segera pergi menjumpai Uwais Al-Qarni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar ra dan Ali ra memberi salam. Tetapi ketika itu Uwais sedang solat.

Usai solat, Uwais menjawab salam Khalifah Umar ra dan Ali ra sambil mendekati kedua sahabat Nabi SAW ini dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar ra dengan segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais, seperti yang pernah dikatakan oleh Nabi SAW.

Memang benar! Kelihatan tanda putih di telapak tangan Uwais Al-Qarni. Wajah Uwais Al-Qarni tampak bercahaya. Benarlah seperti sabda Nabi SAW bahawa dia itu adalah penghuni langit. Khalifah Umar ra dan Ali ra menanyakan namanya, dan dijawab, “Abdullah.” Mendengar jawaban Uwais, mereka tertawa dan mengatakan, “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya? Uwais kemudian berkata: “Nama saya Wajah Uwais Al-Qarni”.

Dalam perbualan mereka, dinyatakan ibu Uwais Al-Qarni telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali ra memohon agar Uwais membacakan doa dan istighfar untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada Khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa pada kalian.”

Mendengar perkataan Uwais, khalifah berkata, “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda.” Kerana desakan kedua sahabat ini, Uwais Al-Qarni akhirnya mengangkat tangan, berdoa dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar ra berjanji untuk menyumbangkan wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais untuk jaminan hidupnya.

Segera sahaja Uwais marah dengan berkata, “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”

Beberapa tahun kemudian, Uwais Al-Qarni pun meninggal dunia. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan, tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut-rebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana pun sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafannya.

Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburannya, di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, orang berebut-rebut mengangkat jenazah dan mengiringinya.

Meninggalnya Uwais Al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi peristiwa yang menghairankan. Ramai orang yang tidak dikenali datang untuk menguruskan jenazahnya sehingga ke liang lahad sedangkan selama ini Uwais hanyalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

Bermula saat dia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya, “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais Al-Qarni?
Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir, yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya sehari-hari hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal.

Mereka datang dalam jumlah yang begitu ramai. Mungkin mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamanmu.”
Berita meninggalnya Uwais Al-Qarni dan peristiwa-peristiwa ajaib yang berlaku ketika hari beliau wafat telah tersebar ke serata tanah Yaman. Baru hari itu mereka sedar siapa sebenarnya Uwais Al-Qarni.

Di hari wafatnya, mereka mengakui bahawa memang benar sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi SAW, sesungguhnya Uwais Al-Qarni adalah penghuni langit.


Masya Allah. Sangat hebat kisah Uwais Al-Qarni ini sehingga boleh menitiskan air mata. Janji Allah kepada makhluk-Nya itu pasti! tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa adalah besar. Antara nasihat Luqman Al-Hakim yang kedua juga menekankan kepada berbuat baik kepada ibu bapa.


Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). - [31:14]





Hargai mereka selagi mereka ada. Bagi yang sudah tiada, jangan lupa doakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat. Antara bekalan hari akhirat adalah doa anak yang soleh dan solehah. =')










Wednesday, January 16, 2013

Ya Mughni

                                        


Memohon Kekayaan Jasmani Dan Rohani:

Jika seseorang bersungguh-sungguh beriman kepada Allah al-Mughni dan memiliki hati yang bersih, lalu dia membaca “Ya Mughni” sebanyak 1131 kali setelah selesai solat Jumaat atau sesudah solat sunat Dhuha atau solat sunat Hajat dengan maknanya meresap di dalam hati dan melakukannya secara berterusan, maka Allah s.w.t. akan memenuhinya dengan kekayaan, baik harta benda mahupun rohani dan menghindarkannya dari sifat kedekut, malas dan sifat negatif lain. Wirid ini juga bermanfaat suapaya disembuhkan mereka yang mendapat sesuatu penyakit dan juga untuk memperolehi pertolongan-Nya untuk membebaskan diri atau orang lain yang dianiayai oleh undang-undang dan mahkamah.


Allah al-Mughni, Dia-lah Yang Memberi kekayaan dan mencukupkan sesiapa pun yang dikehendaki-Nya, baik yang bersifat zahir mahupun batin, baik harta benda mahupun rohani.








Friday, January 11, 2013

FALSAFAH ESOK

Semalam, Hari Ini dan Esok

#Situasi

Seorang pensyarah terserempak dan bertanya pada pelajar dibawah seliaan beliau di fakulti : "Sila hantar draf thesis awak yang saya betulkan pada minggu lepas"

"Esok Insya-Allah saya letak di atas meja Prof", jawab pelajar itu dengan yakin. 

"Esok lagi? bukan ke semalam pun kamu jawab demikian? Jadi bila sebenarnya kamu boleh siapkan dan hantar? Sudah berapa kali esok kamu janjikan..."

Situasi di atas merupakan salah satu fenomena yang paling biasa ditemui dalam kehidupan harian kita, tak kira samada di sekolah, pejabat, rumah mahupun dalam sebuah organisasi. Malahan ianya menjadi kebiasaan bagi sesetengah masyarakat kita untuk bertangguh sesuatu tugasan dengan alasan untuk menyiapkannya ESOK.

Esok merupakan kalimah yang 'angker', keramat dan unik kerana bagaimana kita ingin mengejar esok?


Bagaimana mungkin kita mengejar esok yang tidak kunjung tiba sehingga tibanya penghujung kehidupan. Semalam adalah hari esok untuk hari kelmarin seperti hari ini adalah hari semalam untuk esok. Apabila kita mengatakan "esok", tetapi apabila tiba waktunya ia tidak lagi dipanggil "esok" tetapi "hari ini". Unik bukan?

Betapa ramai diantara kita yang sering menyesali pemergian esok apabila gagal mengisinya sebaik yang mungkin pada hari ini. Apabila esok menjadi semalam dan kita masih tidak dapat menunaikan janji untuk esok yang pernah dilafazkan, maka tiada apa-apa yang diperolehi selain penyesalan yang tak sudah.

Benar kata Imam Ghazali: "Kehidupan ini cuma tiga detik;  sesaat yang berlalu tidak dapat kita ubah lagi, sesaat yang sedang dilalui ini dimanfaatkan sebaiknya dan sesaat yang akan tiba belum pasti kita temui."

Nah renungkan ungkapan diatas kerana semalam, hari ini dan esok adalah susunan yang berturutan dan sentiasa berulangan. Semalam sudah menjadi sejarah yang tidak boleh diubah dan dipinda lagi. Sejarah yang telah menjadi sebahagian catatan kehidupan kita. Amalan semalam telah juga tercatat dalam buku amalan kita dan hanya menunggu untuk ditimbang dan dinilai pada hari kebangkitan kelak.

Hari ini adalah saat kita menulis sejarah, maka tulislah dengan pena hikmah agar menjadi catatan emas dan sejarah gemilang untuk masa hadapan. Jika kita gagal menulis amalan hari ini dengan catatan amal soleh maka ia tidak dapat diubah pada hari esok tetapi dapat diganti dengan taubat nasuha kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka. Kita sentiasa diberi peluang untuk bertaubat sepertimana firman Allah SWT mafhumnya:


“Katakanlah (wahai Muhammad): wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jualah Yang Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani”
(Al zumar:39)
Rasulullah saw juga bersabda: “Allah akan menerima taubat hambaNya selama mana nyawa belum sampai ke lehernya.”

Begitu besar nikmat dan rahmat yang telah Allah berikan pada kita pada hari ini sehingga kita sendiri mampu menutup kesilapan lalu dengan izin Allah, perkara ini sering kali kita lupa untuk memanjatkan kesyukuran.

Catatan hari ini bakal menentukan nasib kita pada hari perhitungan kelak. Adapun hari esok hanya satu kemungkinan. Mungkin kita dapat temui, mungkin juga tidak sempat kerana ajal dan maut boleh tiba bila-bila masa tanpa kita sedari. Selagi kita mengejar esok, kita akan lupa untuk menggandakan potensi dan amalan kita pada hari ini. Justeru orang yang bijak sahaja yang akan melaksanakan amalannya pada hari ini tanpa menunda ke hari esok. Bertangguh daripada pagi ke petang juga dikira sebagai perkara yang merugikan.

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w ketika berpesan kepada Ibn Umar, beliau memberitahu Rasulullah telah memegang bahunya dan bersabda yang bermaksud: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara."
Ibn Umar berkata:"Jika engkau berada pada waktu petang, maka janganlah engkau menunggu waktu pagi. Dan jika engkau berada pada waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu waktu petang. Gunakan waktu sihatmu sebelum datang sakit. Dan gunakan waktu hidupmu sebelum datang waktu mati." (Riwayat al-Bukhari)

Pergunakan hari ini untuk kearah yang lebih baik daripada hari semalam tanpa menanti hari esok. Selagi kita suka bertangguh, "esok" yang sebenar tidak akan muncul dalam kehidupan kita. Islam mengajar kita merancang sesuatu yang perkara dengan mudah dan berkualiti. Ini membuktikan bahawa Islam itu sangat indah jika kita betul-betul beramal dan mempraktikkan dalam kehidupan seharian.

Syukur Alhamdullilah kita masih diberi kesempatan hari ini untuk beramal sehingga menjelang esok dan seterusnya.








 Elakkan bertangguh dan merancang pada hari ini bermakna kita merangka kemenangan untuk esok. Gagal merancang pada hari ini bermakna kita menempah kegagalan menghadapi hari esok. Hari ini sudah pasti, sedangkan esok hanya satu kebarangkalian.


Wallahualam.






Rumusan hasil nukilan Ir. Ahmad Jais Alias Al-Syazili solusi isu no.49.









Saturday, July 14, 2012

Pahala ketika Haid

Perkongsian ketika datang bulan bagi kaum wanita supaya tidak terputus dalam amalan mencari keredhaan Allah dalam kehidupan seharian..sumber daripada Husna Hassan di Solusi ISU#39

 

Wanita diciptakan oleh Allah SWT dengan ciri-ciri fisiologi yang berbeza dengan lelaki. Antara yang paling ketara ialah pusingan haid yang tetap berbentuk kitaran bulanan.

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani dlam Fath al-Bari, wanita pertama yang mengalami haid ialah bonda seluruh umat manusia iaitu Hawa, saat beliau dikeluarkan dari syurga dan menghuni di bumi.

Allah berfirman yang bermaksud, “Ðemi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Surah al-‘Asr 103:1-3)

Benar, wanita yang membiarkan hari-hari dalam tempoh haidnya lompang daripada amal ibadah dan amal soleh ialah golongan yang rugi. Oleh sebab itu, pastikan masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya. Beberapa amalan berikut amat disarankan:

1 – Selaraskan niat sebagai ibadah

Setiap amalan ialah ibadah jika memenuhi ciri-cirinya seperti amalan yang baik, berlandaskan niat ikhlas kerana Allah dan tidak melalaikan. Walaupun tanpa ibadah yang menjadi ‘makanan ruji’ rohani seperti solat dan puasa, sebarang perbuatan yang memenuhi kriteria di atas akan membantu menambah saham akhirat. Jadilah ibarat usahawan yang tamak dan ingin memborong semua peluang meraih pahala.

2 – Berzikir

Zikir ibarat tali yang mengekang hati agar tidak terlepas bebas daripada terikat dengan syariat Allah. Pelbagai jenis zikir boleh diamalkan sepanjang haid, pastinya antara yang utama ialah istighfar, tahmid, takbir, tasbih dan pelbagai lagi, termasuk himpunan zikir-zikir pilihan seperti al-Ma‘thurat dan Manzil.

Jadilah wanita yang digambarkan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud, “Ðan lelaki-lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta wanita-wanita yan gmenyebut nama Allah banyak-banyak, Allah menyediakan bagi merka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab 33:35)

3 – Menambah ilmu

Waktu solat dan membaca al-Quran kini menjadi waktu lapang Tanya agenda? Apa kata gantikannya dengan aktiviti membaca bahan bacaan agama, tidak kiralah sama ada bahan berkaitan aqidah, ibadah (fiqah) atau adab (akhlak). Natijahnya, hasil ilmu yang ditimba akan membuahkan rasa yakin semasa melakukan ibadah kepada al-Khaliq.

4 – Masih dekat dengan al-Quran

Jika tidak mampu membaca al-Quran, tidak mengapa. Masih ada alternative lain seperti mendengar bacaan al-Quran yang mudah didapati kini dalam pelbagai bentuk dan format. Malah, ini jugalah saat yang sesuai untuk mempelajari tafsir dan tadabbur al-Quran. Siapa kata wanita yang dalam tempoh haid jauh daripada al-Quran walaupun tidak ‘bertemu’ dengan-Nya dalam solat?

5 – Berbakti kepada orang tua atau berkhidmat kepada suami

Benarlah, manusia yang paling baik antara kamu ialah manusia yang paling memberi manfaat kepada manusia lain. Oleh sebab itu, lebihkan ‘kuantiti’ dan ‘kualiti’ pada waktu haid untuk berbakti dan berkhidmat kepada insan yang layak diberikan layanan istimewa.

6 – Memperbanyakkan doa

Ðalam temoh haid juga, wanita boleh memperbanyakkan doa terutamanya pada waktu yang mustajab doa seperti antara waktu azam dan iqamah, ketika hari hujan, ketika tersedar waktu sepertiga malam dan sebagainya.

7 – Memperbanyakkan sedekah

Wanita juga boleh menambah kuantiti dan kekerapannya bersedekah dengan wang ringgit atau harta benda. Harus diingat, ruang lingkup sedekah tidak tamat di situ, malah skopnya lebih luas. Kata-kata yang baik juga sedekah, samalah seperti mengelak daripada mengumpat dan menabur fitnah.

Apabila ilmu sudah mengetuk minda, apalagi, sama-samalah kita mengamalkannya. Hati yang sentiasa inginkan kebaikan pasti tidak akan membiarkan waktu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang amalan soleh.

Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan wanita yang miskin timbangan mizan di akirat kerana miskin amalannya di dunia, amiin. 



Selamat Beramal..
Assalamualaikum warahmatullah..







Friday, July 13, 2012

LOVE



You can NEVER EVER love someone whom you never seen and meet them....



i just smiled and said..


i haven't seen and meet My Prophet MUHAMMAD s.a.w..



But I LOVE HIM dearly...=')













Tuesday, July 10, 2012

Insomnia Checklist

Kelebihan Insomnia

mata masih tak nak tutup walaupun dah tiba waktu dia rehat..golek sana golek sini still tak terasa nak tidur..capai laptop dan mula baca La Tahzan karya Dr.Aidh Al Qarni yang diterjemah dalam bahasa Indonesia. agak kurang fokus sebab ada ayat yang kurang faham tapi kebanyakkan istilah dan ayat boleh difahami sendiri maksudnya. tapi rasa sayang pula nak habiskan baca semua..hihi so berhenti baca sekejap..InsyaAllah kita buat ulasan mengenai buku pula eh sebab banyak pengajaran dan kesedaran yang dapat daripada buku tu..cuba untuk tidur tapi masih tak boleh jadi berbalik pada cerita insomnia ni..hee.sebenarnya kan elok juga ada insomnia ni.. kesan baik daripada insomnia sangat banyak..tak percaya???

 Haa mesti orang terkejut dengan tajuk entry ni..insomnia kan sejenis penyakit tapi kenapa ada kelebihan??? tetapi dari segi fisiologi, insomnia tidak dikategorikan sebagai penyakit..hampir semua orang akan mengalami fasa insomnia ini..so i'm normal..oyeahh! cuma insomnia ini merupakan sejenis gangguan tidur dimana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.

Masa inilah masa yang paling terbaik untuk perbaiki diri kita dan muhasabah diri kerana semakin hari, semakin iman kita digoda. Semakin iman kita tak tetap. Ada kala ianya turun, adakala ianya naik. Ada kala juga ia mendatar saja. Namun, kita tak berdiam diri dengan dosa. Kita cepat-cepat bangkit dengan beristighfar dan bertaubat pada-Nya. Bersyukurlah! Kita masih ada iman dan islam.




Topup pahala dalam diri. Upgrade iman di hati. Delete dosa dan tompok-tompok noda.



kurangkan luahan perasaan di muka buku dan garis masa..hihi*ok ni pesanan untuk diri sendiri juga.





Tambahan pula ramadhan semakin menghampiri jadi time insomnia ni lah  sedar diri perlu ada checklist sebelum ramadhan tiba! harap-harap ramadhan kali ini lebih bermakna daripada sebelumnya. mungkin ini ramadhan yang terakhir..mana la tahu kan? Ajal Maut Jodoh Pertemuan semua di tangan Allah..jadi kita semua perlu persiapkan diri...



Chekclist before ramadhan coming ! *cek balik mana yang tak cukup!!*

-           Taat perintah Allah dan Rasul-Nya
-          Sentiasa amar ma’ruf dan nahi mungkar
-          Pelihara diri daripada api Neraka (pergaulan bebas, anak derhaka, dll)
-          Tarbiah diri dengan sifat sabar dan kurangkan marah
-          Pemaaf dan sentiasa meminta maaf

-          Solat sunat ditingkatkan
-          Tahajud sentiasa diambil berat (at least 2 kali seminggu)
-          Mengaji quran (at least 2 m/s sehari) dan mentadabbur maknanya
-          Menghafaz quran ( target surah : sikit-sikit lama-lama jadi bukit)
-          Kerapkan Qiamulail
-          Sentiasa ingat Allah dan kematian
            (sediakan bekalan untuk bertemu dengan-Nya)
-          Ingin mensoleh dan mensolehahkan diri



 “..Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Surah Ali ‘Imran : 159)

Husnul Khatimah, ingin mati dalam iman berlafazkan syahadah!

bila dah siap chekclist ni boleh lah isi waktu-waktu masa insomnia ni ye! hihi. semoga dipermudahkan.









Saturday, July 7, 2012

A New Life Begin




Good bye teen|girl|student|main-main|unmatured|fun|single life!                                 



Welcome adult|women|work|serious|matured|responsible|married|wife|mother|grandma life! 




I'm sure gonna miss all the memories but life must go on no matter what..

leave bad memories behind and have faith for a better tomorrow.
 
Babai bad memories.. 
i left you here in the dark, in the tears, in an unfinished dream were appears too late. 

Only good memories should be kept in mind. (^.^) Y
 thanks kawan-kawan yang selalu berada disisi tak kira susah senang..

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan,bukan pada manisnya ucapan di bibir,
tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya.
~Imam al ghazali~

semoga kita berjumpa lagi dimana-mana dan bila-bila masa..



Can't wait to see u dear FUTURE life! please treat me well..






Tuesday, July 3, 2012

SABAR

Misi pack barang sambil siapkan edit format thesis..sakit pinggang aih. *macam mak nenek dah kan?kan?* kui3..............

Sangat mencabar bila mengemas barang-barang berlambakan sambil siapkan kerja sambil jeling-jeling tengok orang post status facebook dan timeline 'say last word and wish' untuk nak tinggalkan UTM dan yang dah pun tinggalkan UTM!..

Bila boleh jilid ni oi?botak dah kepala asyik edit je  tak habis-habis..taknak lah kena tinggal sorang-sorang kat UTM sanjungan bangsa ni.hee. sabar ye ayu!

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.

Allah berikan kita kesusahan, rintangan sebab Dia nak berikan kesenangan sekiranya kita tabah dan terus berusaha. Tabahnya duduk sini sorang-sorang..tskk!


"Rabbi Yassir Wala Tu' Assir..Rabbi Tham-min Bil Hairi" =')


(^^,)


okeh ada 24 lagi huruf! haha.don't give up.








Dear Future Husband

Message For You (^.^)Y







Dear future husband, 

I promise you if we are really meant to be together, My secrets will be yours to keep. And yours will be mine to keep. Be a great Muslim.  Just like our beloved prophet Muhammad s.a.w so that you will lead me Till Jannah.

And let me be a great Muslimah,  just like Khadijah, just like Aisyah r.a.


Dear future husband,

I wish and prefer to work at home and be a good housewife, always be at home so that i'll take good care of you and  raising our children by my own.


Dear future husband, 

Whoever you are, wherever you are, please..please..please lead me & guide me to the true path. I hope and really want to be the leader and the most beautiful angel in heaven with you.

I will keep you in my Du'a..everyday..every hour..every second in my life even you may miles away, but always remember that we are under the same sky, looking at the same sun, moon, and stars. One day we will meet each other  and i'll be your 'other half '. 




InsyaAllah. InsyaAllah Amin! :’) 



"A women came out of the rib of man,
not his feet to be walked on,
nor his head to be superior over;
she came from his side to be his companion,
under his arm to be protected, and
next to his heart to be be loved.”




 

Sunday, July 1, 2012

Hati.Emosi

MARAH dalam DIAM..


Salah satu penyakit hati yang harus dijauhi..
syuh! syuh!
ini semua sebab prasangka buruk.
tolong pergi!!
you are not invited to my heart..

Nabi SAW bersabda maksudnya:

“Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan”. (HR Abu Daud)

Nabi SAW bersabda maksudnya: 



”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dengan Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya : 



”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)

Nabi SAW bersabda maksudnya : 

”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)


"Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk” (HR Ahmad & Abu Daud)

Nabi bersabda maksudnya : 


"Sesiapa menahan kemarahan padahal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)


CANTIK

Cantik Hanya Setipis Kulit yang Menyelaputi

#Dialog 1: "Eh-eh cantiknya dia..ko tengok mekap dia, baju and kasut dia tu matching sangat"..kata Milah kepada Bedah

#Dialog 2: "Cantik juga kan aku ni kan rupanya?patut lah semua orang pandang..hikss..orang cantik..hihi"..sambil belek-belek muka berjam-jam di hadapan cermin.

Haa..mesti ramai kan pernah mengalami situasi begini..tak kisahlah samada yang memuji kecantikan wanita lain dan juga yang memuji keindahan diri sendiri..tetapi sebenarnya ada juga yang tidak disenangi disebalik kecantikan itu oleh orang lain mungkin disebabkan akhlak dan perangai yang tidaklah secantik rupa. Secara fitrahnya, semua makhluk sukakan kecantikan dan keindahan terutamanya Wanita. Memang tidak dapat dinafikan. suka dilihat cantik dan sempurna. Malahan  hadis Rasulullah s.a.w dalam Riwayat Muslim mengatakan bahawa:

" Allah itu Cantik dan suka yang cantik juga."

Tetapi dimana sebenarnya cantik itu terletak?

Tentu sekali kita sering mendengar cantik itu menerusi dari sudut pandangan..siapa yang memandang. apa yang dipandang dan dimana yang dipandang. kalau bahasa omputihnya:

 "Beauty is in the eye of the beholder"

Iaitu kecantikan pada pandangan mata dan ada juga yang mengatakan cantik itu hanya sekadar setipis kulit sahaja. atau bahasa omputihnya lagi..

" Beauty is only skin deep"
Tetapi realitinya, kalau dibuang kulit yang cantik itu yang tinggal hanya otot-otot bersama salur-salur darah menyeliputi rangka tengkorak kita.

facial muscle (muscle of the face)



See..See..
Bayangkan kalau bagi yang dah bersuami atau beristeri then bangun-bangun dari tidur tengok pasangan masing-masing seperti gambar di atas.. tak ke terkejut yang amat..haha.mestilah kita tak sanggup kan??


Hakikatnya inilah rupa atau wajah kita yang sebenar..Jadi sekiranyan jika mendefinisikan cantik itu hanya bergantung kepada sekeping kulit..Entah berapa ratus juta ribu la agaknya orang akan keluarkan hanya semata-mata untuk kelihatan cantik. Kita harus ingat kecantikan itu, Allah boleh tarik bila-bila masa dan dimana sahaja. Oleh sebab itu kita perlu ada definisi cantik yang lebih menyeluruh tanpa bergantung kepada kecantikan luaran semata-mata. Kecantikan luaran tidak akan berkekalan lama..bila nampak kedut sikit mula lah untuk susah hati..terutama bagi mereka yang mencari rezeki dengan kecantikkan rupa yang mereka ada.

Dalam Islam amat jelas dinyatakan terdapat dua aspek kecantikan iaitu seperti yang dinyatakan menerusi karya Syekh Sayyid Qutb dalam tafsir Fi Zilalil terutama dalam menghurai surah An-Nur Ayat 30 & 31:

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (Surah an-Nur, ayat 30)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka...” (Surah an-Nur, ayat 31).

Syekh Sayyid Qutb menjelaskan bahawa kecantikan terdiri daripada kecantikan haiwaniah dan Insaniah..kecantikan haiwaniah iaitu kecantikan yang perlu kita lihat supaya tertarik antara dua jantina yang berbeza kerana hasil persetubuhan itu maka berkembang lah zuriat dan keturunan. Itu lah sebabnya haiwan seperti lembu, kambing tidak memakai baju sebab kena mendedahkan/tunjukkan aurat supaya nampak antara satu sama lain dan akhirnya tertarik tetapi kerana kita manusia atau insan dan Allah angkat darjat kita..Allah letakkan manusia itu ada aurat dan kita tahu jelas tentang aurat ini. Jadi aurat itu harus ditutup maka kecantikan haiwaniah kita itu tidak kelihatan.. Ada orang kata bila macamni dah tak best lah sebab saya cantik, saya seksi dan saya nak semua orang tengok..kalau kita buat begini maka kita menyamai level kecantikan haiwaniah.

Tetapi jika kita tutup semuanya, maka Allah janjikan kejelitaan Insaniah yang terserlah dan cirinya adalah kesantunan, kesopanan dan itu adalah ciri-ciri akhlak. Kesimpulannya, cantik itu adalah terletak pada AKHLAK nya. Akhlak adalah yang paling penting. mungkin orang itu adalah yang paling hodoh atau mukanya ada banyak kecacatan tetapi akhlaknya begitu indah. Orang yang beriman masih melihatnya cantik. 

Jika hidup hanya berpaksi kepada manusia dan dunia ini..maka itu hanya perkara Pakej yang sementara. Bukan bermakna jika kita berpaksi kepada Allah kita perlu mengabaikan kecantikan kita..Malahan seringkali orang yang menghampiri dan mendalami hidup dia, orang akan dapat lihat dia sememangnya cantik. Jika yang berpaksi hanya kecantikan sementara dan haiwaniah itu, separuh orang kata cantik separuh orang kata tidak. Walaupun perlu seimbang antara kedua-duanya tetapi yang paling utama ialah kecantikan pada akhlak. Kita memang tidak dapat mengubah ciptaan-Nya. ada yang cacat sana sini dan ada yang memang dilahirkan sebagai seorang yang sedia cantik dan sempurna tetapi dalam mencari keredhaan Allah itu, ..contohnya jikalau dunia ini hanya untuk wanita yang cantik bagaimana pula yang tidak cantik. Allah telah meletakkan suatu timbangan yang amat adil iaitu kecantikan pada akhlaknya.

Oleh itu, pencarian cantik itu bukan sekadar rupa semata-mata tetapi perlu diambil kira kepada akhlaknya. Semoga akhlak kita lebih cantik daripada hari semalam, dan akhlak esok lebih cantik daripada hari ini. 


Jom cantik luar dan dalam....dan jadikan Iman kita cantik dimata Allah s.w.t  (^.^)Y

"We Are Beautiful, Allah Loves Us"