Cantik Hanya Setipis Kulit yang Menyelaputi
#Dialog 1: "Eh-eh cantiknya dia..ko tengok mekap dia, baju and kasut dia tu matching sangat"..kata Milah kepada Bedah
#Dialog 2: "Cantik juga kan aku ni kan rupanya?patut lah semua orang pandang..hikss..orang cantik..hihi"..sambil belek-belek muka berjam-jam di hadapan cermin.
Haa..mesti ramai kan pernah mengalami situasi begini..tak kisahlah samada yang memuji kecantikan wanita lain dan juga yang memuji keindahan diri sendiri..tetapi sebenarnya ada juga yang tidak disenangi disebalik kecantikan itu oleh orang lain mungkin disebabkan akhlak dan perangai yang tidaklah secantik rupa. Secara fitrahnya, semua makhluk sukakan kecantikan dan keindahan terutamanya Wanita. Memang tidak dapat dinafikan. suka dilihat cantik dan sempurna. Malahan hadis Rasulullah s.a.w dalam Riwayat Muslim mengatakan bahawa:
" Allah itu Cantik dan suka yang cantik juga."
Tetapi dimana sebenarnya cantik itu terletak?
Tentu sekali kita sering mendengar cantik itu menerusi dari sudut pandangan..siapa yang memandang. apa yang dipandang dan dimana yang dipandang. kalau bahasa omputihnya:
"Beauty is in the eye of the beholder"
Iaitu kecantikan pada pandangan mata dan ada juga yang mengatakan cantik itu hanya sekadar setipis kulit sahaja. atau bahasa omputihnya lagi..
" Beauty is only skin deep"
Tetapi realitinya, kalau dibuang kulit yang cantik itu yang tinggal hanya otot-otot bersama salur-salur darah menyeliputi rangka tengkorak kita.
facial muscle (muscle of the face)
See..See..
Bayangkan kalau bagi yang dah bersuami atau beristeri then bangun-bangun dari tidur tengok pasangan masing-masing seperti gambar di atas.. tak ke terkejut yang amat..haha.mestilah kita tak sanggup kan??
Hakikatnya inilah rupa atau wajah kita yang sebenar..Jadi sekiranyan jika mendefinisikan cantik itu hanya bergantung kepada sekeping kulit..Entah berapa ratus juta ribu la agaknya orang akan keluarkan hanya semata-mata untuk kelihatan cantik. Kita harus ingat kecantikan itu, Allah boleh tarik bila-bila masa dan dimana sahaja. Oleh sebab itu kita perlu ada definisi cantik yang lebih menyeluruh tanpa bergantung kepada kecantikan luaran semata-mata. Kecantikan luaran tidak akan berkekalan lama..bila nampak kedut sikit mula lah untuk susah hati..terutama bagi mereka yang mencari rezeki dengan kecantikkan rupa yang mereka ada.
Dalam Islam amat jelas dinyatakan terdapat dua aspek kecantikan iaitu seperti yang dinyatakan menerusi karya Syekh Sayyid Qutb dalam tafsir Fi Zilalil terutama dalam menghurai surah An-Nur Ayat 30 & 31:
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan
pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang mereka perbuat.” (Surah an-Nur, ayat 30)
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka...” (Surah an-Nur, ayat 31).
Syekh Sayyid Qutb menjelaskan bahawa kecantikan terdiri daripada kecantikan haiwaniah dan Insaniah..kecantikan haiwaniah iaitu kecantikan yang perlu kita lihat supaya tertarik antara dua jantina yang berbeza kerana hasil persetubuhan itu maka berkembang lah zuriat dan keturunan. Itu lah sebabnya haiwan seperti lembu, kambing tidak memakai baju sebab kena mendedahkan/tunjukkan aurat supaya nampak antara satu sama lain dan akhirnya tertarik tetapi kerana kita manusia atau insan dan Allah angkat darjat kita..Allah letakkan manusia itu ada aurat dan kita tahu jelas tentang aurat ini. Jadi aurat itu harus ditutup maka kecantikan haiwaniah kita itu tidak kelihatan.. Ada orang kata bila macamni dah tak best lah sebab saya cantik, saya seksi dan saya nak semua orang tengok..kalau kita buat begini maka kita menyamai level kecantikan haiwaniah.
Tetapi jika kita tutup semuanya, maka Allah janjikan kejelitaan Insaniah yang terserlah dan cirinya adalah kesantunan, kesopanan dan itu adalah ciri-ciri akhlak. Kesimpulannya, cantik itu adalah terletak pada AKHLAK nya. Akhlak adalah yang paling penting. mungkin orang itu adalah yang paling hodoh atau mukanya ada banyak kecacatan tetapi akhlaknya begitu indah. Orang yang beriman masih melihatnya cantik.
Jika hidup hanya berpaksi kepada manusia dan dunia ini..maka itu hanya perkara Pakej yang sementara. Bukan bermakna jika kita berpaksi kepada Allah kita perlu mengabaikan kecantikan kita..Malahan seringkali orang yang menghampiri dan mendalami hidup dia, orang akan dapat lihat dia sememangnya cantik. Jika yang berpaksi hanya kecantikan sementara dan haiwaniah itu, separuh orang kata cantik separuh orang kata tidak. Walaupun perlu seimbang antara kedua-duanya tetapi yang paling utama ialah kecantikan pada akhlak. Kita memang tidak dapat mengubah ciptaan-Nya. ada yang cacat sana sini dan ada yang memang dilahirkan sebagai seorang yang sedia cantik dan sempurna tetapi dalam mencari keredhaan Allah itu, ..contohnya jikalau dunia ini hanya untuk wanita yang cantik bagaimana pula yang tidak cantik. Allah telah meletakkan suatu timbangan yang amat adil iaitu kecantikan pada akhlaknya.
Oleh itu, pencarian cantik itu bukan sekadar rupa semata-mata tetapi perlu diambil kira kepada akhlaknya. Semoga akhlak kita lebih cantik daripada hari semalam, dan akhlak esok lebih cantik daripada hari ini.
Jom cantik luar dan dalam....dan jadikan Iman kita cantik dimata Allah s.w.t (^.^)Y
"We Are Beautiful, Allah Loves Us"
"We Are Beautiful, Allah Loves Us"


No comments:
Post a Comment