Memohon Kekayaan Jasmani Dan Rohani:
Jika seseorang bersungguh-sungguh beriman kepada Allah al-Mughni dan memiliki hati yang bersih, lalu dia membaca “Ya Mughni” sebanyak 1131
kali setelah selesai solat Jumaat atau sesudah solat sunat Dhuha atau
solat sunat Hajat dengan maknanya meresap di dalam hati dan melakukannya
secara berterusan, maka Allah s.w.t. akan memenuhinya dengan kekayaan,
baik harta benda mahupun rohani dan menghindarkannya dari sifat kedekut,
malas dan sifat negatif lain. Wirid ini juga bermanfaat suapaya
disembuhkan mereka yang mendapat sesuatu penyakit dan juga untuk
memperolehi pertolongan-Nya untuk membebaskan diri atau orang lain yang
dianiayai oleh undang-undang dan mahkamah.
Allah al-Mughni, Dia-lah Yang Memberi kekayaan dan mencukupkan sesiapa
pun yang dikehendaki-Nya, baik yang bersifat zahir mahupun batin, baik
harta benda mahupun rohani.