Perkongsian ketika datang bulan bagi kaum wanita supaya tidak terputus dalam amalan mencari keredhaan Allah dalam kehidupan seharian..sumber daripada Husna Hassan di Solusi ISU#39
Wanita
diciptakan oleh Allah SWT dengan ciri-ciri fisiologi yang berbeza
dengan lelaki. Antara yang paling ketara ialah pusingan haid yang tetap
berbentuk kitaran bulanan.
Menurut Ibn Hajar al-Asqalani dlam
Fath al-Bari, wanita pertama yang mengalami haid ialah bonda seluruh
umat manusia iaitu Hawa, saat beliau dikeluarkan dari syurga dan
menghuni di bumi.
Allah berfirman yang bermaksud, “Ðemi masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Surah al-‘Asr 103:1-3)
Benar, wanita yang membiarkan hari-hari
dalam tempoh haidnya lompang daripada amal ibadah dan amal soleh ialah
golongan yang rugi. Oleh sebab itu, pastikan masa yang ada dimanfaatkan
sebaiknya. Beberapa amalan berikut amat disarankan:
1 – Selaraskan niat sebagai ibadah
Setiap
amalan ialah ibadah jika memenuhi ciri-cirinya seperti amalan yang
baik, berlandaskan niat ikhlas kerana Allah dan tidak melalaikan.
Walaupun tanpa ibadah yang menjadi ‘makanan ruji’ rohani seperti solat
dan puasa, sebarang perbuatan yang memenuhi kriteria di atas akan
membantu menambah saham akhirat. Jadilah ibarat usahawan yang tamak dan
ingin memborong semua peluang meraih pahala.
2 – Berzikir
Zikir
ibarat tali yang mengekang hati agar tidak terlepas bebas daripada
terikat dengan syariat Allah. Pelbagai jenis zikir boleh diamalkan
sepanjang haid, pastinya antara yang utama ialah istighfar, tahmid,
takbir, tasbih dan pelbagai lagi, termasuk himpunan zikir-zikir pilihan
seperti al-Ma‘thurat dan Manzil.
Jadilah wanita yang digambarkan
oleh Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud, “Ðan lelaki-lelaki
yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta wanita-wanita yan gmenyebut
nama Allah banyak-banyak, Allah menyediakan bagi merka semuanya
keampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab 33:35)
3 – Menambah ilmu
Waktu
solat dan membaca al-Quran kini menjadi waktu lapang Tanya agenda? Apa
kata gantikannya dengan aktiviti membaca bahan bacaan agama, tidak
kiralah sama ada bahan berkaitan aqidah, ibadah (fiqah) atau adab
(akhlak). Natijahnya, hasil ilmu yang ditimba akan membuahkan rasa yakin
semasa melakukan ibadah kepada al-Khaliq.
4 – Masih dekat dengan al-Quran
Jika
tidak mampu membaca al-Quran, tidak mengapa. Masih ada alternative lain
seperti mendengar bacaan al-Quran yang mudah didapati kini dalam
pelbagai bentuk dan format. Malah, ini jugalah saat yang sesuai untuk
mempelajari tafsir dan tadabbur al-Quran. Siapa kata wanita yang dalam
tempoh haid jauh daripada al-Quran walaupun tidak ‘bertemu’ dengan-Nya
dalam solat?
5 – Berbakti kepada orang tua atau berkhidmat kepada suami
Benarlah,
manusia yang paling baik antara kamu ialah manusia yang paling memberi
manfaat kepada manusia lain. Oleh sebab itu, lebihkan ‘kuantiti’ dan
‘kualiti’ pada waktu haid untuk berbakti dan berkhidmat kepada insan
yang layak diberikan layanan istimewa.
6 – Memperbanyakkan doa
Ðalam
temoh haid juga, wanita boleh memperbanyakkan doa terutamanya pada
waktu yang mustajab doa seperti antara waktu azam dan iqamah, ketika
hari hujan, ketika tersedar waktu sepertiga malam dan sebagainya.
7 – Memperbanyakkan sedekah
Wanita
juga boleh menambah kuantiti dan kekerapannya bersedekah dengan wang
ringgit atau harta benda. Harus diingat, ruang lingkup sedekah tidak
tamat di situ, malah skopnya lebih luas. Kata-kata yang baik juga
sedekah, samalah seperti mengelak daripada mengumpat dan menabur fitnah.
Apabila
ilmu sudah mengetuk minda, apalagi, sama-samalah kita mengamalkannya.
Hati yang sentiasa inginkan kebaikan pasti tidak akan membiarkan waktu
berlalu begitu sahaja tanpa sebarang amalan soleh.
Semoga kita tidak tergolong dalam kalangan wanita yang miskin timbangan mizan di akirat kerana miskin amalannya di dunia, amiin.
Selamat Beramal..
Assalamualaikum warahmatullah..
No comments:
Post a Comment