Saturday, June 30, 2012

Doa senjata mukmin

Amalan doa khusus untuk mengelak kejadian rogol dan cabul

Berikutan hari demi hari semakin banyak kes rogol, cabul dan berakhir dengan kes pembunuhan yang kejam di kalangan masyarakat kita zaman ini seperti yang dilaporkan di dada-dada akhbar dan media mungkin ada banyak lagi kes yang tidak dilaporkan. Terlampau banyak. Masalah ini sangat membimbangkan dan kalau kita lihat dunia sekarang manusia hanya diketuai oleh nafsu syahwat yang tidak dapat dibendung memandangkan banyak sumber-sumber yang boleh menyumbang ke arah kejadian sebegini..

Sebagai seorang wanita tentunya kita rasa sangat bimbang dan terancam dengan persekitaran yang belum tentu berpihak pada kita. Dari segi fizikal, kita tak mampu untuk melawan kudrat manusia yang bernama lelaki lagi-lagi apabila nafsu syaitan menguasai diri. Sehinggakan ada juga yang diancam dengan kerakusan nafsu serakah ayah kandung dan abang kandung sendiri. Inikan pula orang yang tiada pertalian darah. Yang lebih menyedihkan apabila ada kes yang melibatkan rakan sekelas merogol mangsa bergilir-gilir di sekolah rendah..sekolah rendah??? umur yang sangat tak masuk akal untuk pergi jauh ke arah itu..bagaimana pula dengan kes bayi perempuan berumur 23 hari dirogol bapa sendiri ketika ibu sedang berpantang..Astagfirullah hal azim. Nauzubillah hi minzalik. 

 Di negara kita, kaum wanita dan kanak-kanak diancam kezaliman jenayah rogol, cabul dan bunuh tetapi di luar pula  kaum-kaum ini diancam dengan keganasan pemerintahan pemimpin regim kuku besi yang rakus mengejar nikmat dunia sehingga sanggup membunuh kaum wanita dan kanak-kanak dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan. Dimana nilai sebuah nyawa sekarang? Kemana letaknya nilai kemanusiaan manusia? siapa yang salah? siapa yang harus bertanggungjawab? sukar untuk jawab semua soalan yang dibangkitkan. 

Kita hanya mampu berserah, berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya dielakkan kejadian sebegini berlaku terhadap diri, keluarga dan orang sekeliling. Doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah iaitu:

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ  

Dalam sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM 

Maksudnya: "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" 

dibaca sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" 
( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan) 


Satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, disertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w. 

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

Dalam sebutan rumi : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Maksudnya: Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" 
( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )




Hafal dan amalkan untuk kehidupan seharian kita ye..semoga Allah menjaga kita semua.


Hasil perkongsian daripada Ustaz Zaharudin yang menyatakan juga bahawa: 

Jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya. Justeru, seolah-olah kemakbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda. 

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.




Wallahualam..






Putus Harapan? Give Up?

GIVE UP is the best solution??



Jangan mengeji diri sendiri secara berlafaz (kecuali ketika taubat), kerana ia hanya akan memberikan tubuh kita lanjutan perasaan kegagalan dan negatif, lalu bakal membawa rantaian kegagalan dan kesalahan yg lain, kerana ia telah memasuki minda separa sedar kita menjadi seperti racun berbisa. Kerana itu, Islam mengajar bila kegagalan, kesukaran dan musibah tertimpa, ucaplah "Hasbunallah wa ni'mal wakil", La hawla wala quwwata illa billah" dan "inna lillahi wa inna ilaihi raa'jiun". Kemudian, positifkanlah dirimu. Kamu boleh...!


Nasihat untuk diri sendiri dan bagi sesiapa yang mudah berputus asa..sesungguhnya orang yang berputus asa itu adalah orang yang tidak redha dengan ketetapan Illahi..Nauzubillah hi min zalik..Minta dijauhkan. Pastikan setiap perkara yang kita lakukan dan dalam mencari keredhaan Allah sentiasa jauhkan/elakkan diri daripada mengharap penghargaan manusia. Supaya kita sentiasa berada dalam kelapangan hati apabila kita bergantung dan beserah kepada Allah dalam setiap perkara.


Be a happiest woman..menyerahkan hidup kepada rangkulan keputusasaan akan membawamu kepada kehampaan dan semakin jauh daripada kebahagiaan.

La Tahzan..
If you feel that you're very down..
just close your eyes and say..

"This is my journey. He puts me here. It's His plan. So i have to carry on and trust Him"

Put trust in Allah
"Allah does not create a lock without its key"
and
 Allah doesn't give you problems without its solution"  

Thank you Allah. :')

Allah is the reason why even in pain, i smile;
In confusion, i understand; 
In betrayal, i trust;
and in fear, i continue to fight.

Fightingggg!!!!